Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5578
Title: | Bab 7 : F- Fokus | Authors: | Ruzanifah Kosnin | Keywords: | fokus | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UMK Press | Abstract: | Kita sering kali mendengar perkataan fokus disebut-sebut sebagai satu saranan untuk berjaya dalam apa jua bidang. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, fokus diertikan sebagai ‘sesuatu yang menjadi pusat perhatian’. Sebagai usahawan, fokus bermaksud kekal pada satu perkara dalam satu masa. Dalam dunia perniagaan, berbagai-bagai peluang kadang kala hadir apabila usahawan telah mencapai satu tahap kejayaan. Ini adalah lumrah kerana kejayaan seseorang usahawan itu membuka jalan kepada pihak lain dengan menawarkan pelbagai peluang dan harapan. Maka pada waktu ini, seseorang usahawan perlu bijak memisahkan antara peluang yang boleh membawa perniagaannya ke arah kejayaan yang lebih baik ataupun sebaliknya merencatkan perjalanan perniagaannya. Betapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan hanya separuh jalan kerana merasakan terdapat peluang lain yang kelihatan lebih baik menantinya di hadapan, sedangkan peluang yang kelihatan lebih baik itu mungkin sahaja hanyalah bayangan dirinya. Realitinya, tidak ada kejayaan yang sebenar dapat digapai dengan cara bertukar dari satu perniagaan ke perniagaan yang lain. Oleh yang demikian, sekiranya usahawan telah menemui satu perniagaan yang stabil dan berpotensi, dia perlu fokus dengan memberikan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan tersebut supaya dengan cara itu dapat meluaskan lagi empayar perniagaannya. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5578 | ISBN: | 978-967-0021-94-2 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FHPK |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
TRANSFORMASI KARAKTER A-Z GRADUAN MENJADI USAHAWAN BERJAYA- isi kandungan & bab 1 -1-11.pdf | 36.27 MB | Adobe PDF | View/Open | |
TRANSFORMASI KARAKTER A-Z GRADUAN MENJADI USAHAWAN BERJAYA- bab 7 -42.pdf | 145.12 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.