Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4462
Title: Takkan Kuih Tradisional Melayu Hilang Di Dunia
Authors: Mazne Ibrahim 
Keywords: Kuih Tradisional;Melayu
Issue Date: Apr-2022
Publisher: MASMED UITM CAWANGAN TERENGGANU
Journal: Infousahawan 
Abstract: 
Melayu merupakan satu bangsa yang pernah dipandang tinggi suatu ketika dahulu. Seperti kata-kata hikmah “Takkan Melayu hilang di dunia”, begitulah juga dengan kuih muih tradisional atau pun kudap-kudapan Melayu yang mana ianya tidak akan pernah pupus dalam kamus dunia masakan. Negeri Kelantan atau juga dikenali sebagai Tanah Rendah Sekebun Bunga, kaya dengan kesenian dan budaya warisan baik dari segi makanan, kraftangan, pakaian dan seni persembahan. Apabila kita berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini, mata akan terpesona dengan kemegahan Pasar Siti Khadijah yang menawarkan pelbagai barangan tempatan yang terdiri dari makanan tradisional, kraftangan, batik, songket, pakaian dan banyak lagi. Di sini juga terdapat ramai usahawanita yang tidak pernah jemu memperjuangkan barangan anak tempatan terutamanya makanan warisan Melayu Kelantan. Situasi ini menunjukkan semangat keusahawanan yang terpahat di dalam jiwa wanita Kelantan, yang meletakkan Sayidatina Khadijah, isteri kepada baginda Rasulullah SAW sebagai idola usahawanita yang terkemuka dan dikagumi.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4462
ISSN: 1823-6421
Appears in Collections:Faculty of Hospitality, Tourism and Wellness - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
ARTIKEL INFOUSAHAWAN - TAKKAN KUIH TRADISIONAL MELAYU HILANG DI DUNIA.pdf896.66 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.