Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3025
Title: Penambahbaikan Sistem Pendidikan Tinggi Bagi Meningkatkan Perpaduan Kal Belia di IPT
Authors: Lye Yi Yan 
Muhammad Afdhaluddin Hassan 
Nur Diyana Mohd Rusuki 
Nur Syaza Syazwani Mohd Azhar 
Zulfah Alawiah Abbas 
Syamimi A. Jalalal 
Nur Azuki Yusuff 
Keywords: Sistem Pendidikan Tinggi;Perpaduan
Issue Date: 10-May-2021
Publisher: Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
Project: Program Sokongan Pembelajaran 
Conference: Wacana Perpaduan 
Abstract: 
Malaysia negara harmoni yang memiliki lebih daripada 70 kumpulan etnik. Namun masih terdapat insiden perkauman yang sering tular di media sosial dan masih terlihat segregasi perkauman mengikut bidang di Malaysia. Polarisasi kaum wujud dalam hubungan seharian terutama sekali di institusi pengajian tinggi (IPT). Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan para pelajar (IPT) di Malaysia terhadap cadangan bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Dapatan kajian diperolehi melalui soal selidik di platform Google Form dan melibatkan sebanyak 32 orang responden. Data diperoleh, dianalisis dan dibentangkan dalam bentuk peratusan dengan menggunakan carta pai. Secara keseluruhan, ramai pelajar masih mempunyai persepsi bahawa unsur polarisasi dan unsur perkauman masih wujud dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Dapatan kajian mendapati pelajar sedar bahawa masih terdapat polarisasi perkauman di IPT dan mereka mahu dan bersedia mengambil tindakan meningkatkan perpaduan di IPT. Penerapan perpaduan dan toleransi perkauman penting di peringkat IPT kerana budaya dan sikap toleransi antara kaum yang dipelajari di IPT akan diguna pakai dalam alam pekerjaan nanti dan akan membentuk negara Malaysia yang lebih damai dengan pemimpin yang mengamalkan toleransi perkauman dan berjiwa rakyat.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3025
ISBN: 978-967-2912-49-1
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
WP PKP 2 k 11.pdf398.67 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.