Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3023
Title: Perspektif Belia Berkaitan Isu Pemansuhan Sekolah Vernakular dan Pelarasan Sekolah Kebangsaan
Authors: Muhammad Alif Syazwan Mohd Basree 
Siti Nurashiqah Jurit 
Nur Fatin Akmal Jenuwa 
Thivashini Chandran 
Dayangku Umi Aqilah Pengiran Isa 
Muhammad Faiz Kamarul Zaman 
Zakiah Binti Marzuki 
Nur Azuki Yusuff 
Keywords: sistem persekolahan tunggal;vernakular
Issue Date: 10-May-2021
Publisher: Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
Project: program sokongan pembelajaran 
Conference: wacana perpaduan 
Abstract: 
Kertas ini diketengahkan bagi memahamkan beberapa isu dan masalah yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tentang pelaksanaan sistem persekolahan tunggal. Penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan para pelajar yang terlibat juga diukur. Begitu juga tahap kesedaran masyarakat terhadap isu-isu mengenai permasalahan sistem persekolahan tunggal di Malaysia yang melibatkan isu politik, ekonomi dan konsep 1 Malaysia. Soal selidik dilakukan melalui Google Form atas talian yang terdiri daripada dua bahagian dengan jumlah 11 soalan. Sebanyak 92 respons diperolehi. Berdasarkan data yang dikumpul, 97% daripada responden adalah dalam kalangan etnik Melayu. Sebanyak 81.5% mengatakan bahawa mereka tidak menghadapi kesukaran ketika bergaul dengan kaum lain semasa masih di sekolah. Juga dinyatakan bahawa 97.8% berpendapat bahawa penyelarasan sekolah kebangsaan dapat membantu dalam melahirkan suatu masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, 90.2% bersetuju dengan pemansuhan sekolah vernakular. 90.2% responden berpendapat bahawa jurang antara kaum dapat diselesaikan dengan penyelerasan sekolah kebangsaan. Akhir sekali, 98.9% berpendapat bahawa pergaulan para pelajar dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat dipertingkatkan dengan penyelarasan sekolah kebangsaan di Malaysia. Kesimpulan awal, sebilangan besar responden melihat pelaksanaan sistem sekolah tunggal menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk menanamkan perpaduan antara pelbagai kaum. Justeru, kerajaan dan rakyat perlu bekerjasama dalam memperbaiki sistem pendidikan bagi mengurangkan masalah kaum minoriti.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3023
ISBN: 978-967-2912-49-1
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
WP PKP 2 k 9.pdf338.47 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.