Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5688
Title: | Bab 3: Pentarbiahan rasulullah saw dalam menangani kemiskinan jiwa | Authors: | Zaleha Embong Maizatul Mazwa Mazlan |
Keywords: | Tarbiah | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UMK Press | Abstract: | Tarbiah atau pendidikan merupakan asas yang sangat penting dalam membangunkan sesebuah ummah, sama ada pembangunan jasmani mahupun rohani. Tarbiah yang baik akan membimbing manusia ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni serta membentuk kehidupan yang sempurna. Kemiskinan jiwa pula meliputi masalah dalaman jiwa dan boleh merosakkan rohani manusia. Hal ini menjadikan manusia hidup dalam keadaan tidak tenang, dengki, bongkak, sombong, tidak bersyukur, memandang rendah kepada yang lain, buli, penindasan dan sebagainya. Menurut Nik Abdul Aziz (2009), manusia yang miskin adalah lebih baik berbanding manusia yang kaya tetapi miskin jiwa. Kemiskinan jiwa bermaksud mempunyai jiwa dan akhlak buruk yang boleh memberi kesan buruk kepada individu lain. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW diutuskan untuk menjadi rahmat sekalian alam. Rasulullah SAW ditugaskan untuk mentarbiah rohani dan fizikal manusia selaras dengan kehendak Islam. Hal ini supaya hati dan jiwa sentiasa kaya dengan sifat rohani yang mampu membimbing jasad manusia seiring dengan ajaran Islam. Penekanan Rasulullah SAW terhadap kepentingan pendidikan ini telah diterjemahkan dalam kehidupan baginda sendiri yang berperanan sebagai guru sepanjang tempoh menyampaikan risalah Islam. Ketika era permulaan Islam, baginda telah menjalankan siri-siri tarbiah kepada para sahabat termasuklah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Proses pentarbiahan ini berterusan sehingga baginda berhijrah ke Madinah. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5688 | ISBN: | 978-967-0021-90-4 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KEMISKINAN JIWA DAN PEMBANGUNAN ASNAF (3)- isi kandungan & bab 1 -1-20.pdf | 59.03 MB | Adobe PDF | View/Open | |
KEMISKINAN JIWA DAN PEMBANGUNAN ASNAF (3)- bab 3 -82.pdf | 137.91 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.