Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5592
Title: Bab 1 : Pendahuluan: Transformasi karakter A-Z graduan menjadi usahawan berjaya
Authors: Ruzanifah Kosnin 
Keywords: usahawan
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Bagi sesebuah negara, kepentingan dalam memiliki graduan yang bergelar usahawan sememangnya tidak dapat dinafikan. Dalam era globalisasi dan ekonomi digital, para usahawan muda adalah generasi pelapis yang akan menjadi tulang belakang untuk membangunkan ekonomi negara. Graduan yang memiliki semangat keusahawanan dan keterampilan perniagaan yang baik dapat menciptakan peluang pekerjaan justeru mengurangkan kadar pengangguran negara. Oleh sebab itu, membangun dan meningkatkan bilangan graduan usahawan dan membantu mereka untuk berjaya menjadi salah satu agenda utama kerajaan Malaysia dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN, 2030). Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menghasilkan graduan yang seimbang dan holistik dengan minda keusahawanan supaya generasi ini dapat menjadi ‘penjana pekerjaan’ dan bukan hanya ‘pencari pekerjaan’. Berdasarkan Pelan Tindakan Keusahawanan, Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT) 2021-2025, pusat pengajian tinggi diberi peranan besar dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran keusahawan dan menerapkan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar. Penerapan ilmu dan budaya keusahawanan di peringkat awal pengajian membolehkan bakal graduan untuk melihat pilihan kerjaya yang boleh diterokai. Justeru peranan pusat pengajian tinggi ini perlu disokong dengan pelbagai cara agar dapat membangunkan graduan yang mempunyai nilai-nilai keusahawanan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5592
ISBN: 978-967-0021-94-2
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FHPK

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.