Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5580
Title: BAB 5 : D-Disiplin
Authors: Siti Salina Saidin 
Keywords: disiplin
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Menjalankan perniagaan merupakan amalan mulia dan dituntut dalam Islam. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang usahawan berjaya yang menjadi contoh teladan yang terbaik sehingga hari ini. Usahawan yang berjaya mengikut kerangka perniagaan Islam ialah individu yang memakmurkan dan memanfaatkan setiap pemberian Allah SWT untuk kepentingan manusia. Islam juga memberi kebebasan kepada umatnya untuk bergerak secara dinamik dan memperkasakan pelbagai bidang keperluan manusia seperti yang dituntut oleh syarak. Menurut kefahaman Islam, usahawan ditakrifkan sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah untuk mengurus dan mentadbir khazanah alam untuk kepentingan manusia amnya. Oleh itu, disiplin merupakan petunjuk asas kepada usahawan yang ingin terus berjaya dan secara tidak langsung sifat disiplin akan membentuk usahawan yang lebih dinamik, holistik dan memenuhi kelestarian dunia dan akhirat. Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan manusia, Islam telah memberi petunjuk kepada manusia untuk menjadi insan yang cemerlang dan berjaya. Begitu juga dalam skop keusahawanan, usahawan yang mempunyai disiplin yang tinggi akan mendorong diri mereka untuk lebih konsisten dan sistematik dalam menguruskan hal ehwal perniagaan. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), disiplin diertikan sebagai peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Semua individu hebat pada masa kini dan yang ada dalam lipatan sejarah sememangnya mempunyai karakter disiplin dalam diri mereka. Dengan demikian, tidak syak lagi bahawa disiplin diri dikatakan sebagai ciri penting bagi sesiapa yang ingin berjaya lebih-lebih lagi usahawan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5580
ISBN: 978-967-0021-94-2
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FHPK

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.