Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5457
Title: Revolusi Industri 4.0: Isu Dan Cabaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT)
Authors: Jasni Mohd Yusoff 
Muhammad Zulfaris Mohd Salleh 
Khairulnizan Abdul Kadir 
Keywords: IR 4.0;PdPDT;Teknik PdP;Politeknik
Issue Date: 2023
Publisher: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pusat Penyelidikan dan Inovasi.
Abstract: 
Sejajar dengan peredaran zaman, banyak transformasi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah dalam sektor pendidikan negara. Para pensyarah perlu sentiasa bersedia dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pendidikan abad ke-21 di samping dapat mengaplikasikan teknologi terkini dalam kaedah pengajaran moden. Walaubagaimanapun, wujud juga sebilangan pensyarah yang kurang mahir dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang menepati kehendak IR 4.0. Terdapat tiga objektif yang ingin dikaji iaitu: i) mengenalpasti hubungan di antara aspek pengetahuan terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Kepala Batas berasaskan IR 4.0, ii) mengenalpasti hubungan di antara aspek sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Kepala Batas berasaskan IR 4.0, iii) mengenalpasti hubungan di antara aspek kemudahan infrastruktur terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah di Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Kepala Batas berasaskan IR 4.0. Dalam kajian yang dijalankan ini, seramai 92 orang kakitangan akademik Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Kepala Batas telah terlibat. Pendekatan kaedah kuantitatif telah digunapakai di mana data diperoleh berdasarkan kepada borang kaji selidik yang telah diedarkan dan dijawab oleh responden terpilih. Kaedah persampelan rawak mudah (simple random sampling) telah diaplikasikan dalam kajian ini. Manakala, data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21. Hasil dapatan daripada kajian jelas menunjukkan bahawa faktor pengetahuan, sikap dan kemudahan infrastruktur mempunyai hubungan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah politeknik dan kolej komuniti berasaskan IR 4.0. Sehubungan itu, penyelidik mencadangkan agar elemen – elemen pengetahuan, sikap dan kemudahan infrastruktur ditambahbaik serta dipertingkatkan agar selari dengan perkembangan IR 4.0.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5457
ISSN: 2990-2093
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others FKP

Files in This Item:
File Description SizeFormat
E-digest KKKB 23-1-12.pdf933.24 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.