Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4518
Title: Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Kemahiran Menulis Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Authors: Mohd Akhbar Ab Kadir 
Azhar Muhammad 
Mohd Zailani Mohd.Yusoff 
Keywords: Gaya Pembelajaran;Kemahiran Menulis Jawi
Issue Date: Feb-2022
Publisher: Kaizentrenovation Sdn Bhd (1167478-D)
Abstract: 
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik dengan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid di lima buah sekolah rendah dalam Daerah Machang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui perbezaan penguasaan kemahiran Jawi diantara murid yang mengamalkan gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik. Responden kajian melibatkan 200 orang murid tahun lima di lima buah sekolah rendah di Daerah Machang menggunakan borang soal selidik. Set soal selidik mengandungi 30 item soalan yang merangkumi tiga jenis gaya pembelajaran serta soalan ujian Jawi. Manakala data deskriptif menggunakan Ujian-t dan Korelasi Pearson yang kemudian ditunjukkan dalam bentuk jadual. Nilai alpha keseluruhan bagi soal selidik ialah 0.860 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan gaya pembelajaran audio adalah gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh kebanyakkan responden. Wujud perbezaan yang signifikan diantara gaya pembelajaran audio denagan gaya pembelajaran visual dan kinestetik terhadap kemahiran menulis Jawi. Ujian korelasi Pearson dalam kajian ini telah menunjukkan perhubungan yang signifikan (p<0.01) di antara gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik dengan kemahiran menulis Jawi. Sehubungan itu, beberapa cadangan kepada pihak yang terlibat dikemukakan oleh pengkaji termasuk penganjuran seminar kepada guru dan murid untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami dan mengamalkan gaya pembelajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4518
ISBN: 9789672892014
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial-1-6.pdf466.67 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.