Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4481
Title: Budaya Pelanggaran Akhlak Islam Menerusi Novel Salina dan Novel Perempuan Politikus Melayu: Suatu Penelitian Al-Muhlikat
Authors: Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Keywords: Keruntuhan akhlak;Al-Muhlikat
Issue Date: 2022
Publisher: © Pejabat Karang Mengarang Universiti Pendidikan Sultan Idris
Conference: Seminar Internasional Literatur Nusantara 
Abstract: 
Novel merupakan buah tangan penulis yang mengisi persoalan-persoalan moral manusia sama ada persoalan dengan diri sendiri, tuhan, masyarakat sekeliling atau atau alam sekitar yang sesuai untuk dijadikan sumber pendidikan kepada khalayak umum. Senario ini menjadikan kebanyakan penghasilan karya sastera adalah berkaitan keadaan realiti masyarakat dan bukan semata-mata bersifat cereka. Sifat karya sastera juga bukan hanya bermain-main dengan dunia imaginasi sahaja, tetapi turut memberi makna serta memaknakannya dengan dunia sebenar. Kebanyakan pengarang yang prolifik dalam penghasilan karya sastera dilihat memperjuangkan gagasan pendidikan akhlak yang murni dengan cara yang tersendiri. Salah satu kaedah adalah dengan menyelitkan elemen konflik realiti manusia di dunia sebenar ke dalam karya-karya mereka seperti menyentuh isu budaya pelanggaran akhlak manusia. Buktinya, A. Samad Said menerusi novel Salina (2016) dan Faisal Tehrani menerusi novel Perempuan Politikus Melayu (2016) telah
memaparkan isu pelanggaran akhlak manusia mengikut perspektif Islam. Elemen negatif itu bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan imej sesuatu bangsa tetapi lebih berfungsi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Kefahaman yang jitu berkaitan kategori-kategori keruntuhan akhlak mengikut perspektif agama harus diterapkan dalam diri manusia agar mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar dengan sebaik mungkin. Justeru, penyelidikan ini dijalankan bagi meneliti dan menjelaskan kepada umum berkaitan kategori-kategori pelanggaran akhlak yang ada dalam novel-novel kajian. Kajian ini dimantapkan lagi dengan menggunapakai kaedah analisis wacana dan juga bersandarkan pendekatan Islam, iaitu pendekatan Al-Muhlikat (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa karya sastera benarbenar berjaya dalam berperanan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat dengan memasukan elemen pelanggaran akhlak sebagai teguran dan peringatan bersama.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4481
ISBN: 9786297524009
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
EPROSIDING SILIN 3.0 (1).pdf5.54 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.