Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4476
Title: Aspek Realisme Magis Dalam Novel Cebisan Mantera Terakhir
Authors: Eizah Mat Hussain 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Nurhasyimah Saidin 
Keywords: realisme magis;Cebisan Mantera Terakhir
Issue Date: 2022
Publisher: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
Journal: Jurnal Pengajian Melayu 
Abstract: 
Kemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis merupakan satu cerminan atau refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat. Kajian ini mengaplikasikan Teori Realisme Magis oleh Faris (2004) untuk memperlihatkan aspek realisme magis dalam novel Cebisan Mantera Terakhir (2013) karya Hasanudin Md Isa dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Novel ini memaparkan genre misteri atau mistik yang menerapkan elemen dunia ghaib dan golongan pawang yang terlibat dalam kegiatan santau dalam masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek realisme magis dalam novel yang memperlihatkan bagaimana pengarang mengungkapkan elemen realisme magis dalam karya. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan teks. Dapatan kajian ini jelas menggambarkan unsur magis yang dapat dikesan dalam amalan santau dengan berlatarkan masyarakat Melayu. Penggunaan prinsip-prinsip oleh Faris (2004) telah menonjolkan perhubungan yang jelas antara unsur realiti dan unsur magis dalam amalan santau itu dengan adanya pembahagian kepada kelompok-kelompok tertentu, iaitu objek, peristiwa, watak, kepercayaan, teks, dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, konteks agama dan kepercayaan tidak dapat diasingkan dalam tradisinya yang turut dipaparkan sebagai satu perkaitan antara alam nyata dan alam ghaib.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4476
ISSN: 2735 – 1904
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
apm um (1).pdf611 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.