Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4476
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorEizah Mat Hussainen_US
dc.contributor.authorSiti Nur Anis Muhammad Apandien_US
dc.contributor.authorNurhasyimah Saidinen_US
dc.date.accessioned2023-01-18T15:23:05Z-
dc.date.available2023-01-18T15:23:05Z-
dc.date.issued2022-
dc.identifier.issn2735 – 1904-
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4476-
dc.descriptionMyciteen_US
dc.description.abstractKemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis merupakan satu cerminan atau refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat. Kajian ini mengaplikasikan Teori Realisme Magis oleh Faris (2004) untuk memperlihatkan aspek realisme magis dalam novel Cebisan Mantera Terakhir (2013) karya Hasanudin Md Isa dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Novel ini memaparkan genre misteri atau mistik yang menerapkan elemen dunia ghaib dan golongan pawang yang terlibat dalam kegiatan santau dalam masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek realisme magis dalam novel yang memperlihatkan bagaimana pengarang mengungkapkan elemen realisme magis dalam karya. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan teks. Dapatan kajian ini jelas menggambarkan unsur magis yang dapat dikesan dalam amalan santau dengan berlatarkan masyarakat Melayu. Penggunaan prinsip-prinsip oleh Faris (2004) telah menonjolkan perhubungan yang jelas antara unsur realiti dan unsur magis dalam amalan santau itu dengan adanya pembahagian kepada kelompok-kelompok tertentu, iaitu objek, peristiwa, watak, kepercayaan, teks, dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, konteks agama dan kepercayaan tidak dapat diasingkan dalam tradisinya yang turut dipaparkan sebagai satu perkaitan antara alam nyata dan alam ghaib.en_US
dc.publisherAKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYAen_US
dc.relation.ispartofJurnal Pengajian Melayuen_US
dc.subjectrealisme magisen_US
dc.subjectCebisan Mantera Terakhiren_US
dc.titleAspek Realisme Magis Dalam Novel Cebisan Mantera Terakhiren_US
dc.typeNationalen_US
dc.description.page27-43en_US
dc.volume33(2)en_US
dc.title.titleofbookJURNAL PENGAJIAN MELAYUen_US
dc.description.articleno2en_US
dc.description.typeArticleen_US
item.fulltextWith Fulltext-
item.openairetypeNational-
item.grantfulltextopen-
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication
Files in This Item:
File Description SizeFormat
apm um (1).pdf611 kBAdobe PDFView/Open
Show simple item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.