Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4375
Title: Pengurusan Kewangan Berkesan
Authors: Mohd Nor Hakimin Yusoff 
Mohammad Ismail 
Wan Farha Wan Zulkiffli 
Razman Hafifi Redzuan 
Keywords: KEWANGAN
Issue Date: 2022
Publisher: UMK ENTREPRENEURSHIP INSTITUTE (UMKEI)
Project: JUNIOR ENTREPRENEURSHIP ADVISOR 
Abstract: 
Pengurusan kewangan merupakan isu penting yang hangat diperdebatkan ketika ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan modal insan. Ilmu dalam kewangan dilihat sebagai keupayaan individu menggunakan pengetahuan serta kemahiran bagi menguruskan sumber kewangan dengan berkesan bagi mencapai kesejahteraan kewangan sepanjang hayat. Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua bakal usahawan atau usahawan sedia ada dalam menerapkan konsep-konsep penting ini akan memperkasakan mereka untuk membuat keputusan kewangan sepanjang hayat berdasarkan maklumat yang mencukupi dan berkemungkinan besar akan mencapai matlamat pengurusan kewangan yang cekap. Prinsip-prinsip am sebuah perniagaan yang baik adalah melalui kekuatan pengurusan kewangan pemiliknya. Perniagaan yang baik akan mengarah kepada persaingan sihat dalam komuniti global. Kelemahan literasi kewangan dan pengurusan kewangan akan menyumbang kepada kegagalan dan penutupan perniagaan. Oleh itu, asas kewangan yang baik perlu dimiliki di kalangan usahawan dan menjadi pengukur yang signifikan terhadap kejayaan dan perkembangan perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang kompetitif. Justeru, pemilikan kemahiran pengurusan kewangan yang lemah dan pengetahuan kewangan yang rendah di kalangan usahawan akan memberi kesan yang negatif kepada perniagaan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4375
ISBN: 978-967-0021-33-1
Appears in Collections:Books (Others) - FKP

Files in This Item:
File Description SizeFormat
PROF KIMI BOOK LNPT.pdf5.65 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.