Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4157
Title: Eksperimentasi Resipi Dakwat Hitam Tradisional Melayu Yang Digunakan Didalam Penghasilan Manuskrip Melayu
Authors: Rajabi Abdul Razak 
Nawal Mash'al 
Harlina Md. Sharif 
Raihan Othman 
Mukhtaruddin Musa 
Keywords: Dakwat hitam;manuskrip Melayu
Issue Date: 2022
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM
Conference: Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Ke-II, 2022 
Abstract: 
Dakwat merupakan salah satu elemen penting didalam penghasilan Manuskrip. Bahan- bahan yang digunakan untuk penghasilan dakwat tradisional adalah daripada sumber alam semulajadi yang terdapat disekitar penempatan. Terdapat empat komponen didalam penghasilan dakwat tradisional iaitu pigmen, bahan pelekat, bahan tambahan lain serta cecair yang digunakan untuk melarutkan bahan-bahan tersebut. Biarpun banyak literasi yang membincangkan tentang resepi penghasilan dakwat hitam, namun kadar untuk setiap bahan yang digunakan tidak direkodkan dengan sewajarnya. Justeru, kertas kerja ini bercadang untuk mengenalpasti resepi-resepi yang digunakan didalam penghasilan dakwat hitam untuk penulisan Manuskrip Melayu dengan merekodkan nisbah setiap bahan melalui formulasi yang serta pemerhatian terhadap prestasi dakwat yang telah dihasilkan. Antara bahan-bahan pewarna hitam yang digunakan adalah seperti jelaga, arang, kulit kayu merbau (Intsia bijuga) serta biji senduduk. Manakala untuk bahan pelekat adalah minyak kulit gajus dan beras pulut yang digoreng tanpa minyak serta bahan tambahan lain seperti lada hitam, garam, minyak kelapa dara dan cuka nipah. Kaedah yang digunakan untuk penghasilkan dakwat ini adalah satu faktor pada satu masa (OFAT) dan ketahanan serta prestasi dakwat yang dihasilkan telah diuji pada substrat yang berbeza seperti kertas Eropah, kertas dluwang, kertas cina, kertas berkilat dan kertas kartrij. Dapatan daripada penyelidikan mendapati bahawa setiap resepi mempunyai ciri- ciri yang berbeza serta bacaan pH dalam julat 3-6. Formulasi yang dihasilkan juga diuji kelancaran dakwatnya serta jangkamasa proses pengeringan. Teknik kromatografi lapisan nipis juga digunakan bagi memisahkan pigmen dan mengenalpasti molekul bahan yang digunakan dan mengukur perbezaan warna. Penciptaan dakwat mempunyai pengaruh yang besar terhadap bahasa, tamadun dan budaya. Justeru hasil dapatan kajian ini sebagai langkah awal bagi mendokumentasikan proses penghasilkan dakwat tradisional yang dihasilkan oleh kebijaksaaan masyarakat Melayu terdahulu.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4157
ISBN: 978-967-2439-06-6
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Mukhtar eProsiding SEMALU II 2022.pdf1.23 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.