Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4157
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorRajabi Abdul Razaken_US
dc.contributor.authorNawal Mash'alen_US
dc.contributor.authorHarlina Md. Sharifen_US
dc.contributor.authorRaihan Othmanen_US
dc.contributor.authorMukhtaruddin Musaen_US
dc.date.accessioned2023-01-10T09:37:03Z-
dc.date.available2023-01-10T09:37:03Z-
dc.date.issued2022-
dc.identifier.isbn978-967-2439-06-6-
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4157-
dc.descriptionOthersen_US
dc.description.abstractDakwat merupakan salah satu elemen penting didalam penghasilan Manuskrip. Bahan- bahan yang digunakan untuk penghasilan dakwat tradisional adalah daripada sumber alam semulajadi yang terdapat disekitar penempatan. Terdapat empat komponen didalam penghasilan dakwat tradisional iaitu pigmen, bahan pelekat, bahan tambahan lain serta cecair yang digunakan untuk melarutkan bahan-bahan tersebut. Biarpun banyak literasi yang membincangkan tentang resepi penghasilan dakwat hitam, namun kadar untuk setiap bahan yang digunakan tidak direkodkan dengan sewajarnya. Justeru, kertas kerja ini bercadang untuk mengenalpasti resepi-resepi yang digunakan didalam penghasilan dakwat hitam untuk penulisan Manuskrip Melayu dengan merekodkan nisbah setiap bahan melalui formulasi yang serta pemerhatian terhadap prestasi dakwat yang telah dihasilkan. Antara bahan-bahan pewarna hitam yang digunakan adalah seperti jelaga, arang, kulit kayu merbau (Intsia bijuga) serta biji senduduk. Manakala untuk bahan pelekat adalah minyak kulit gajus dan beras pulut yang digoreng tanpa minyak serta bahan tambahan lain seperti lada hitam, garam, minyak kelapa dara dan cuka nipah. Kaedah yang digunakan untuk penghasilkan dakwat ini adalah satu faktor pada satu masa (OFAT) dan ketahanan serta prestasi dakwat yang dihasilkan telah diuji pada substrat yang berbeza seperti kertas Eropah, kertas dluwang, kertas cina, kertas berkilat dan kertas kartrij. Dapatan daripada penyelidikan mendapati bahawa setiap resepi mempunyai ciri- ciri yang berbeza serta bacaan pH dalam julat 3-6. Formulasi yang dihasilkan juga diuji kelancaran dakwatnya serta jangkamasa proses pengeringan. Teknik kromatografi lapisan nipis juga digunakan bagi memisahkan pigmen dan mengenalpasti molekul bahan yang digunakan dan mengukur perbezaan warna. Penciptaan dakwat mempunyai pengaruh yang besar terhadap bahasa, tamadun dan budaya. Justeru hasil dapatan kajian ini sebagai langkah awal bagi mendokumentasikan proses penghasilkan dakwat tradisional yang dihasilkan oleh kebijaksaaan masyarakat Melayu terdahulu.en_US
dc.publisherInstitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKMen_US
dc.subjectDakwat hitamen_US
dc.subjectmanuskrip Melayuen_US
dc.titleEksperimentasi Resipi Dakwat Hitam Tradisional Melayu Yang Digunakan Didalam Penghasilan Manuskrip Melayuen_US
dc.typeNationalen_US
dc.relation.conferenceSeminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Ke-II, 2022en_US
dc.description.page151-160en_US
dc.description.researchareaKonservasi Manuskrip, Bahan Warisanen_US
dc.relation.seminarSeminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Ke-II, 2022en_US
dc.title.titleofbookS€MINAR ANTARABANGSA MANUSKRIP M€LAYU 2022en_US
dc.date.seminarstartdate2022-11-24-
dc.date.seminarenddate2022-11-24-
dc.description.placeofseminarUKMen_US
dc.description.seminarorganizerINSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU, UKMen_US
dc.description.typeProceeding Papersen_US
item.fulltextWith Fulltext-
item.openairetypeNational-
item.grantfulltextopen-
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings
Files in This Item:
File Description SizeFormat
Mukhtar eProsiding SEMALU II 2022.pdf1.23 MBAdobe PDFView/Open
Show simple item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.