Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3479
Title: Tahap Kebolehan Membaca al-Quran: Kajian Kes Pelajar Bahasa Arab di Malaysia
Authors: Nurul Fatihah Hanapi 
Wan Yusoff Wan Shaharuddin 
Yasmin See 
Nor Hazwani Munirah Lateh 
Keywords: membaca al-Quran;Bahasa Arab
Issue Date: Apr-2022
Publisher: UMK PRESS
Journal: Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH) 
Abstract: 
Kepentingan menguasai bacaan al-Quran dengan baik dalam kalangan umat Islam telah mendorong ramai penyelidik mengkaji tahap dan kemampuan membaca al-Quran khususnya dalam kalangan pelajar yang beragama Islam. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehan membaca al-Quran dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab di salah sebuah universiti awam yang terletak di Pantai Timur, Malaysia. Kajian kuantitatif ini menggunakan dua kaedah, iaitu ujian bacaan serta kaedah tinjauan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai 36 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi analisis secara deskriptif. Hasil analisis deskriptif mendapati majoriti responden adalah lemah dalam bacaan al-Quran. Hasil dapatan tinjauan juga mendapati hanya 10.6 peratus responden yang memperoleh skor cemerlang (A dan A-) dalam Bahasa Arab Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala kurang daripada separuh (38.9 peratus) responden yang memperoleh skor cemerlang dalam kursus Bahasa Arab UBA 2022. Kebolehan bertutur dalam bahasa Arab turut dikaitkan dengan kebolehan membaca al-Quran. Oleh itu, kajian seperti ini diharapkan dapat dijalankan dan dikembangkan lagi bagi melihat hubungan antara pencapaian dalam bahasa Arab dengan tahap kebolehan membaca al-Quran dalam kalangan pelajar serta kewujudan indikator lain yang boleh mempengaruhi kebolehan membaca al-Quran.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3479
ISSN: 2637-0360
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Artikel indeks.pdf389.21 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.