Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3015
Title: Isu Pemecahbelah Perpaduan Kaum Berdasarkan Provokasi Ahli Politik
Authors: Hang Yong Yi 
Nurin Che Nur 
Faqihah Mohd Asri 
Nik Nur Aidawatie Nik Mta 
Hari Haraprien K. Kwsavan 
Pritam Tamik Selvan 
Nur Azuki Yusuff 
Keywords: pemecahbelah kaum;provokasi
Issue Date: 10-May-2021
Publisher: Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
Project: program 
Conference: Wacana Perpaduan 
Abstract: 
Kertas ini bertujuan mengemukakan hasil kajian mengenai isu ahli politik yang cenderung mencetuskan provokasi antara kaum dengan mengemukakan beberapa soalan seperti isu perkauman dan agama yang menjadi salah satu taktik bagi memancing undi. Seterusnya adakah rakyat percaya mengenai isu-isu sensitif yang digunapakai oleh ahli politik. Ketiga, adakah dengan mendengar perkara buruk mengenai etnik dapat mengubah persepsi baik terhadap etnik tersebut. Seterusnya, adakah parti-parti politik di Malaysia dapat membantu untuk mengekalkan perpaduan kaum. Pengumpulan data melalui Google form digunakan. Responden adalah daripada golongan belia pelbagai latar belakang. Sebanyak 40 responden mengisi lengkap borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan responden berpendapat bahawa suasana politik negara sering tercetus provokasi antara kaum sebagai taktik untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Hasil kajian menyatakan belia bersetuju bahawa sifat perkauman masih wujud dalam kalangan ahli politik demi mengukuhkan kedudukan, pangkat dan kuasa. Maka diharapkan masyarakat majmuk tidak mudah melatah dan menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh ahli politik yang boleh mencetuskan huru- hara dan perpecahan kaum.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3015
ISBN: 978-967-2912-49-1
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
WP PKP 2 k 4.pdf358.82 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.