Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2640
Title: Impak Pandemik COVID-19 terhadap Bidang Bahasa, Sastera dan Budaya di Malaysia
Authors: Mohd Saipuddin Suliman 
Yamamoto Hiroyuki 
Nordiana Ab Jabar 
Lim Ying Xuan 
Mimi Suriani Mat Daud 
Issue Date: 29-Jan-2021
Publisher: UPSI PRESS
Journal: Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature (KHAS COVID-19) 
Abstract: 
Artikel ini meneliti impak serta cabaran yang dihadapi dalam bidang bahasa, sastera dan budaya akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik bacaan rapi (close reading) berdasarkan artikel penyelidikan terkini yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Menerusi dapatan kajian, didapati pemakaian istilah baharu seperti 'norma baharu', 'normal baharu' atau 'kebiasaan baharu' banyak digunakan oleh media massa tanpa sebarang standarsasi yang konsisten. Sementara itu, bagi aspek kesusasteraan, pandemik COVID-19 seperti memberi harapan baharu dalam lapangan ini. Banyak pertandingan, pendeklamasian dalam talian dan penerbitan antologi puisi dianjurkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akhir sekali, cabaran yang dihadapi dalam aspek budaya bagi setiap masyarakat di negara ini adalah penyesuaian kehidupan dengan norma baharu. Umpamanya tidak berjabat tangan, mengamalkan penjarakan sosial, mematuhi etika batuk atau bersin, mengelakkan tempat yang sesak, memakai pelitup muka dan perkara yang paling penting iaitu mematuhi
perintah kuarantin 14 hari jika diarahkan oleh pihak berkuasa. Secara kesimpulannya, pandemik COVID-19 telah mencipta suatu paradigma baharu menerusi kepelbagaian peristilahan bahasa, kepelbagaian kaedah penganjuran aktiviti sastera serta perubahan norma budaya dalam kehidupan seharian.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2640
ISSN: 1823-6812
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
4468-Article Text-18152-1-10-20210129.pdf226.62 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.