Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1289
Title: Perbankan Islam Jendela di Malaysia: Cabaran dan Halatuju Pematuhan Syarak
Authors: Nurul Iman Mohd Zain 
Ahmad, Mohd Kamil 
Keywords: Perbankan Islam, Penukaran Perbankan, Perbankan Konvensional, Halatuju Perbankan, Perbankan Islam Jendela.
Issue Date: 9-Dec-2020
Publisher: Universiti Malaysia Kelantan
Conference: International e-Colloquium in Language and Humanities 2020 
Abstract: 
Sejak pelancaran Skim Perbankan Islam (SPI) pada tahun 1993, sektor perbankan Islam di negara
ini mula menyaksikan percambahan jendela Islamik oleh institusi-institusi kewangan
konvensional. Setelah hampir 40 tahun usia perbankan Islam di Malaysia, beberapa bank Islam
penuh telah tertubuh sama ada melalui penubuhan asal atau penukaran dari bank konvensional
kepada Islamik, dan banyak jendela Islamik telah bertukar kepada subsidiari. Dalam konteks
perbahasan fiqh mengenai penukaran sistem perbankan konvensional kepada Islam, persoalan
timbul: ke manakah halatuju perbankan Islam jendela di Malaysia, dan apakah cabaran pematuhan
syarak yang mungkin dihadapi oleh jendela-jendela Islamik yang berada di bawah institusi
kewangan konvensional ini? Bagi menjawab persoalan ini, pendekatan kajian kepustakaan
digunakan yang mana sumber literatur yang pelbagai serta data-data yang relevan dirujuk dan
dianalisis. Kajian ini melihat bahawa pengoperasian sesebuah jendela Islamik seharusnya dinilai
berdasarkan motif penubuhannya iaitu ia seharusnya menjadi sebahagian dari usaha penukaran
sistem perbankan konvensional kepada Islam secara berperingkat. Tanpa motif ini, penubuhan
jendela Islamik, lebih-lebih lagi di sebuah negara Islam dan di dalam ekosistem yang mana sistem
kewangan Islam sudah mampu bersaing dengan konvensional, boleh dianggap hanya sebagai helah
oleh sebuah bank riba untuk turut menawarkan dan bersaing dalam pasaran perkhidmatan
kewangan Islam. Memandangkan status jendela sebagai sebuah jabatan yang ditubuhkan di bawah
sesebuah perbankan konvensional, dan mempunyai dana yang berasingan, kajian ini melihat
bahawa sekiranya sesebuah perbankan jendela telah mencapai kemampuan untuk mandiri seperti
mempunyai kecukupan modal atau saiz aset yang tertentu, ia perlu berusaha untuk bertukar kepada
sebuah perbankan Islam penuh.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1289
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Other publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
BOOK-OF-ABSTRACTS-PBI.pdf2.3 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.