Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/992
Title: Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam Kemahiran Literasi
Authors: Liyana Ahmad Afip 
Nurul Fatihah 
Khuzaiton Zakaria 
Keywords: persepsi, pengalaman dan kaedah pengajaran, disleksia, kelas pendidikan khas, kemahiran literasi
Issue Date: 29-Oct-2013
Abstract: 
Disleksia ialah satu perkataan yang berasal daripada dua gabungan perkataan Yunani iaitu
“Dyn “ dan “ Lexia” yang bermaksud kesukaran dalam kemahiran menulis. Disleksia
bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gangguan dalaman yang berlaku kepada seseorang
individu yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti faktor genetik dan faktor biologi.
Individu yang mempunyai disleksia tidak memerlukan rawatan ubat-ubatan akan tetapi
mereka memerlukan kaedah-kaedah tertentu bagi menangani gangguan permasalahan ini.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap pelajar yang mempunyai masalah
dalam kemahiran literasi yang meliputi empat kemahiran yang dikenali sebagai 4 M iaitu,
membaca, menulis, mengeja dan mengira bagi mencari kaedah-kaedah yang berkesan untuk
diaplikasikan oleh para guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi dan
pengalaman guru pendidikan khas di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jeli
terhadap masalah disleksia dalam kalangan pelajar. Kajian ini berdasarkan soal selidik yang
dijalankan ke atas tenaga pengajar di sekolah tersebut. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat
membantu para guru untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disleksia.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/992
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Conference Paper 1.pdf199.42 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.