Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/958
Title: Hubungan Antara Kepuasan Kerjaya, Perapatan Dan Sokongan Sosial Ke Atas Kepuasan Hidup Wanita Berkerjaya Pertengahan Usia Di Kuala Lumpur
Authors: Siti Marziah Zakaria 
Ruzaini Ijon 
Wan Yusoff Wan Shaharuddin 
See Soo Yin 
Keywords: Kepuasan kerjaya;Sokongan sosial
Issue Date: Jun-2019
Journal: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities 
Abstract: 
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai 310 responden terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada kajian ini telah dianalisis secara inferensi. Skor min bagi pemboleh ubah perapatan adalah tertinggi (M = 47.04, SD = 5.22) diikuti sokongan sosial (M = 32.54, SD = 4.35), kepuasan pekerjaan (M = 32.00, SD = 3.86 dan kepuasan hidup (M = 27.81, SD = 3.07). Dapatan korelasi bagi pemboleh ubah kepuasan hidup dengan sokongan sosial, perapatan dan kepuasan pekerjaan mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan bagi keempat-empat pemboleh ubah yang dikaji (p < .01). Analisis korelasi Pearson mendapati kepuasan pekerjaan mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan kepuasan hidup (r = .443, p < .01), manakala kepuasan hidup menunjukkan hubungan positif yang rendah dengan sokongan sosial (r = .362, p < .01) dan perapatan (r = .311, p < .01). Ini mencadangkan bahawa kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia dalam kajian ini lebih bergantung kepada kepuasan kerjaya berbanding dengan sokongan sosial dan perapatan. Justeru, kajian ini diharap dapat memberi pemahaman terhadap faktor-faktor kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh kaunselor dan pekerja sosial dalam merangka lebih banyak strategi dan agenda untuk memenuhi keperluan kepada sokongan sosial dalam kalangan golongan tersebut. Kajian akan datang juga boleh dijalankan di kawasan luar bandar bagi melihat hasil perbandingan kepuasan hidup wanita berkerjaya di kawasan luar bandar tersebut.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/958
ISSN: 2637-0360 2
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
48-Article Text-192-1-10-20190629.pdf281.29 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.