Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/854
Title: SIMPOSIUM KEBUDAYAAN DAN KERJASAMA INDONESIA-MALAYSIA 2020 (SKIM 2020)
Authors: Junaidi Awang Besar , 
Nur Azuki Yusuff 
Ahmad Rizak Mohd Yusof ItemCrisRefDisplayStrategy.rp.deleted.icon
Amer Saifude Ghazali 
Rosniza Aznie Che Rose 
Mazlan Ali 
Nasir Nayan 
Siti Noranizah hafizah Boyman 
Keywords: Pilihan raya umum,;Dinamika politik;Lokasi, bandar;Luar bandar
Issue Date: May-2020
Publisher: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Project: Kajian Forensik Sosio-Elektoral, Persekitaran dan Pembangunan 
Abstract: 
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di Malaysia memperlihatkan dinamika politik yang menarik dan bervariasi yang bersandarkan kepada pengaruh isu, kepemimpinan, strategi kempen, faktor kemenangan dan kekalahan, pola pengundian serta lokasi. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis trend pengundian dalam PRU 2018 berdasarkan kawasan bandar dan luar bandar mengikut 222 kawasan Parlimen di negara ini. Penulisan artikel ini dihasilkan melalui analisis data keputusan PRU 2018 bagi kawasan Parlimen dan juga analisis mendalam terhadap maklumat sekunder daripada media arus perdana dan media sosial yang terlibat secara langsung dalam PRU 2018 ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir kesemua kawasan bandar dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian kecil dimenangi oleh PAS iaitu di kawasan bandar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bagi kawasan luar bandar pula, kawasan majoriti Melayu dikuasai UMNO/BN dan juga oleh PAS di Kelantan, Terengganu dan juga sebahagian luar bandar di Kedah. Terdapat juga kawasan luar bandar yang dimenangi oleh sama ada BN, PAS dan PH dengan majoriti tipis disebabkan perpecahan undi ketiga-tiga blok parti. Ini disebabkan oleh segmen demografi pengundi yang berbeza sama ada oleh pengundi setempat, pengundi muda, pengundi luar dan juga pengundi berpendidikan yang lebih tinggi. Justeru, pola pengundian mengikut lokasi geografi dalam PRU 2018 amat menarik dan rencam untuk dikaji dan wajar diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan terutamanya parti politik, kerajaan dan juga pengkaji politik agar dapat dijadikan satu solusi ke arah menghasilkan pemikiran politik yang rasional dan mengikuti trend semasa yang mementingkan kesejahteraan rakyat bersama.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/854
ISBN: 978-983-9391732
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
paper SKIM 2020 Dr Junaidi dgn ambo.pdf559.92 kBAdobe PDFView/Open
MAKALAH PROSIDING SKIM FSSK UKM 2020 PDF.pdf7.9 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.