Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/690
Title: Pengekalan Status Quo PAS Di Kelantan Bagi PRU-15: Realiti Dan Cabaran
Authors: Nur Azuki Yusuff 
Keywords: PAS;Political parties - Malaysia;Elections - Malaysia;Malaysia - Politics and government;Government publications - Malaysia
Issue Date: 2020
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan
Abstract: 
Parti Islam SeMalaysia diasaskan sekumpulan ulama Melayu dengan tujuan mewujudkan pemerintahan yang melaksanakan nilai hidup dan syariat Islam dengan reda Ilahi di Malaysia. Berdasarkan sejarah PRU, PAS pernah memerintah di negeri Kelantan (1959-1977 dan 1990 hingga kini), Terengganu (1959-1962, 1999-2004 dan 2018 hingga kini), Perak (2008-2009) dan Kedah (2008-2013 dan kini). PAS pernah menganggotai kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia dari tahun 1974-1977. PAS turut bersama dalam kerajaan campuran di Selangor (2008-2018) dan Perak (2008-2009). Tuan Guru Yusuf Rawa menjenamakan PAS sebagai Kepimpinan Ulama (PRU1982). Pada PRU 1999, PAS (Dato’ Fadzil Mohd Noor) bekerjasama dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan mencatatkan kejayaan cemerlang PAS dalam sejarah pilihan rayanya. PAS (Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang) telah bersama Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 dan 14. Setelah PRU14, PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama melalui Muafakat Nasional (14 September 2019) dan seterusnya bersama dalam Perikatan Nasional yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan menjadikannya sebagai parti dalam komponen kerajaan memerintah. Persoalan kini, sejauh manakah PAS dan Perikatan Nasional mampu mengekalkan reputasi pada PRU15?
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/690
ISBN: 9789672912095
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.