Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/6374
Title: | Keusahawanan Islam: Satu Kajian terhadap Kisah Telaga Wakaf Saidina Uthman R.A. | Authors: | Khaulah Hilaluddin Muhayiddin, M.N. Muhammad, M. Z. Anis Amira Ab Rahman |
Keywords: | Islamic Entrepreneurship;Keusahawanan Sosial Islam;Innovation | Issue Date: | 1-May-2024 | Publisher: | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) | Journal: | RABBANICA – Journal of Revealed Knowledge | Abstract: | Keusahawanan merupakan sebuah bidang yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam. Bidang keusahawanan perlu diberikan perhatian dan digilap mengikut kaca mata Islam agar dapat berkembang sejajar dengan prinsip dan syariat Islam. Antara cabang keusahawanan dalam Islam adalah gabungan wakaf dan keusahawanan yang dapat memainkan peranan terbaik dalam membantu membangunkan masyarakat dan negara. Dalam hal ini, telaga wakaf Uthman menjadi sebuah kisah yang patut diteladani dan dihayati oleh usahawan Muslim dalam proses penciptaan perniagaan baharu. Kisah Bi’r Ruwmah atau juga dikenali sebagai telaga Saidina Uthman bin Affan r.a. telah disebut secara ringkas dan padat dalam hadis Riwayat al-Bukhari menceritakan proses memulakan dan mengembangkan perniagaan iaitu bagaimana merancang idea, mencari peluang, penyediaan pelan dan melaksanakan strategi untuk memilik telaga Ruwmah. Kisah ini juga merupakan sebuah fenomena yang boleh dijadikan sebagai rujukan model keusahawanan wakaf bagi usahawan Muslim. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka fenomena keusahawanan yang terdapat dalam hadis tersebut dari sudut keusahawanan Islam. Bagi memahami hadis tersebut dengan lebih mendalam, kajian kualitatif telah dilakukan untuk menganalisis kandungan hadis Baginda SAW. Dapatan kajian menghasilkan sebuah gambaran jelas mengenai fenomena keusahawan Islam telah diamalkan oleh para sahabat r.a. dari segi keperibadian, tingkah laku, pemikiran, tindakan dan strategi untuk mencapai sesebuah peluang, tujuan dan hala tuju yang diingini untuk mengutamakan kesejahteraan umat Islam dan keberuntungan di akhirat. Kesimpulannya, penemuan ini juga menunjukkan betapa pentingnya mengutamakan penguasaan ilmu agama dalam memahami ilmu akidah, ibadah, dan akhlak di samping menceburi bidang-bidang lain bagi melahirkan tindakan dan pemikiran yang selari dengan prinsip Islam. Usaha-usaha wakaf telaga air wajar diteruskan oleh pihak individu, masyarakat, badan bukan kerajaan dan pihak kerajaan bagi meningkatkan mutu kehidupan serta memenuhi keperluan asas umat Islam. |
Description: | Mycite |
URI: | https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/311/246 | ISSN: | 2756-7893 |
Appears in Collections: | Faculty of Entrepreneurship and Business - Other Publication |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
311-Article Text-524-1-10-20240523 Khaulah.pdf | Rabbanica KIAS | 500.21 kB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.