Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5996
Title: Hati budi masyarakat melayu menerusi cerita rakyat di Gua Musang, Kelantan
Authors: Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan 
Mohd Firdaus Che Yaacob 
Keywords: Cerita Rakyat;Hati Budi;Masyarakat Melayu
Issue Date: 23-Oct-2023
Publisher: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia
Conference: Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS) 2023 
Abstract: 
Cerita rakyat merupakan daya kreatif seorang penglipur lara dalam memberi amanat menerusi cerita tauladan.
Penyampaian cerita rakyat bertujuan mendidik perwatakan anggota masyarakat agar tidak melanggar adat resam nenek moyang. Cerita rakyat digunakan oleh nenek moyang masyarakat Melayu terdahulu bagi menegur perlakuan yang dilakukan oleh setiap anggota komunitinya. Walau bagaimanapun, cerita rakyat kini dianggap sebagai sesuatu yang tidak seiring dengan perkembangan teknologi yang pada hari ini untuk disampaikan kepada anak-anak muda. Hal ini mengakibatkan penyampaian cerita rakyat kurang diketengahkan kepada anak-anak muda. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis hati budi masyarakat Melayu menerusi cerita rakyat di Gua Musang, Kelantan. Kajian ini membataskan dua buah cerita iaitu Syeikh Musa Pengasas Gua Musang dan Cantik Jangan Ditegur bagi meneliti konsep hati budi masyarakat Melayu. Kedua cerita rakyat ini diperoleh di Gua Musang, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan bagi mendapatkan analisis yang jelas. Kajian ini menggunakan pendekatan moral sebagai deduktif kajian. Hasil kajian ini mendapati hati budi dalam cerita rakyat di Gua Musang, Kelantan memperlihatkan jati diri yang luhur dalam masyarakat Melayu.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5996
ISBN: 978-967-26817-4-8
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.