Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5994
Title: Akal budi dalam cerita rakyat interprestasi sosiobudaya kanak-kanak dan remaja
Authors: Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan 
Mohd Firdaus Che Yaacob 
Keywords: Akal budi;cerita rakyat;sosiobudaya
Issue Date: 31-Jul-2023
Publisher: UUM Press
Journal: APPLIED HISTORY JOURNAL OF MERONG MAHAWANGSA 
Abstract: 
Cerita rakyat merupakan satu identiti kepada masyarakat Melayu kerana keluhuran hati yang terkandung didalamnya. Cerita rakyat diolah oleh penglipur lara agar bersesuaian dengan keadaan kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu sekaligus dijadikan sebagai pedoman kepada generasi muda seperti kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, cerita rakyat mulai dipinggirkan kerana arus kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu terhadap kanak-kanak dan remaja. Kajian ini membataskan tiga cerita rakyat yang bertajuk Amukan Lembaga Hitam, Misteri Penunggu Panau dan Haji Mahmud Tokoh Agama. Ketiga-tiga cerita rakyat ini diperoleh di Tanah Merah, Kelantan. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif, iaitu berpaksikan kaedah kepustakaan dan temu bual bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Teori pengkaedahan Melayu melalui pendekatan kemasyarakatan digunakan sebagai deduktif kajian ini. Hasilnya, kajian ini mendapati akal budi dijadikan sebagai medium pengajaran yang sekaligus mendedahkan interprestasi sosiobudaya masyarakat Melayu melalui cerita rakyat yang disampaikan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5994
ISSN: 3009-0547
DOI: 10.32890/ahjmm
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
AKAL BUDI DALAM CERITA RAKYAT INTERPRESTASI SOSIOBUDAYA KANAK-KANAK DAN REMAJA (1).pdf441.86 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.