Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5948
Title: Qiraat 'Ashr and The Determination of The Concepts of Nasakh and Mansuh
Authors: Ismail Abd Halim 
Azhar Muhammad 
M. Jismani Yusoff 
Keywords: Qiraat ‘Ashr;Nasakh dan Mansukh
Issue Date: 2023
Publisher: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Journal: RABBANICA – Journal of Revealed Knowledge 
Abstract: 
Konsep nasakh dan mansukh diterima oleh majoriti ulama sebagai salah satu konsep dalam pentafsiran al-Quran. Namun, terdapat juga segelintir ulama yang menafikan pengamalan konsep ini dalam pentafsiran al-Quran. Ayat 106 daripada surah al Baqarah adalah antara hujah yang digunakan oleh majoriti ulama dalam menetapkan konsep ini. Ayat ini mengandungi perbezaan qiraat yang boleh mempengaruhi pentafsiran. Maka, tulisan ini bertujuan merungkai dan memberi pendedahan tentang pengaruh Qiraat ‘Ashr dalam penetapan konsep nasakh dan mansukh di samping membuat penilaian adakah Qiraat ‘Ashr mampu memberi sokongan kepada pegangan majoriti ulama. Kajian ini dijalankan berasaskan pendekatan kajian kualitatif. Data-data utama diperoleh daripada kitab-kitab tafsir, qiraat dan tawjih serta jurnal dan tesis yang berkenaan. Ia dianalisis dengan kaedah istinbat dan tarjih. Hasil kajian mendapati bahawa perbezaan Qiraat ‘Ashr dalam ayat 106 surah al Baqarah amat berpengaruh dalam penetapan konsep nasakh dan mansukh sekaligus menyokong pegangan majoriti ulama. Bahkan, ia juga turut mendedahkan aspek lain daripada konsep nasakh dan mansukh iaitu melupakan ayat-ayat al-Quran yang pernah diturunkan. Di samping itu, ia juga menampilkan unsur penegasan dalam menyanggah sebarang keingkaran terhadap konsep nasakh dan mansukh. Kajian ini menyimpulkan bahawa perbezaan qiraat dan peranannya kepada pentafsiran al Quran memang suatu bidang yang amat menarik untuk dikaji kerana ia boleh menyelesaikan kemelut kefahaman terhadap nas-nas al-Quran atau setidaknya menambah keyakinan terhadap suatu pegangan yang berlandaskan nas-nas al-Quran.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5948
ISSN: 2756-7893
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Jurnal QiraatAsyr.pdf661.04 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.