Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5909
Title: | Bab 6: Pemikiran Keusahawanan Islam Hubungannya dengan Konsep Wakaf | Authors: | Nawi @ Mohd Nawi Bin Ismail | Keywords: | PEMIKIRAN KEUSAHAWAN ISLAM | Issue Date: | 2023 | Abstract: | Kecemerlangan falsafah pemikiran Islam serta etika dan peradaban insaniah tidak pernah malap, justeru timbul fenomena menandakan pemikiran Islam dari kalangan intelektual muslim yang menyumbang kepada peranan mereka dalam pemikiran madani dalam falsafah pemikiran, etika dan peradaban yang berkaitan secara langsung dengan kehidupan umat sejagat dewasa ini. Keistimewaan manusia adalah disebabkan oleh keindahan dan kesempurnaan kejadian yang Allah SWT berikan kepada mereka. Indah dari aspek kejadian fizikalnya yang dilengkapkan dengan kekuatan spiritual yang membolehkan manusia berfikir dan memahami persoalan hidup dan kehidupan serta dapat membezakan antara yang baik dengan yang salah, antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun disebalik keistimewaan dan keindahan itu, manusia dibebankan dengan tanggungjawab besar sebagai hamba dan sebagai khalifah di bumi. Sekiranya manusia dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanah ini dengan beriman dan beramal soleh bererti status kemanusiaan akan terus kekal dan mereka akan dianugerahi dengan kemuliaan yang hakiki, malah mampu menyumbang idea-idea yang strategik dalam pemerkasaan falsafah peradaban ummah. Cabaran yang dihadapi oleh generasi hari ini memahami metodologi yang tepat kepada pemikiran yang luhur dan aplikasi kepada realiti kehidupan moden yang kompetitif dan kontemporari sifatnya. Al-Quran menamakan mereka yang meneliti ciptaan Allah SWT sebagai ulul al-bab iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah, berfikiran murni serta luhur merenung tanda-tanda kebesaranNya. Proses merenungi kebesaran Allah SWT dan berusaha mencari pengertian di sebalik tanda-tanda kebesaran dan keagunganNya itu, ada etikanya bagi mengelakkan salah laku dan salah tujuan. Prinsip asas etika ini akan meletakkan ulul al-bab pada landasan tauhid dan mengelak usaha yang dilaksanakan itu terkeluar dari skop hukum Allah, sama ada dari sudut tujuan atau metodologinya. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5909 | DOI: | 978-983-2137-29-0 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
BUKU ILMIAH PEMIKIRAN MADANI_DR NAWI (1).pdf | 1.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.