Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5795
Title: | Ketauhidan Wanita dalam Novel Salju Sakinah Karya Zaid Akhtar | Authors: | Tuan Rusmawati Raja Hassan | Keywords: | tauhid;novel Salju Sakinah | Issue Date: | 2022 | Publisher: | Unisza Press | Conference: | International Conference on Malay, Arabic and English Literature | Abstract: | Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap manifestasi wanita dalam penghasilan novel Melayu. Penelitian terhadap perwatakan ini dikaitkan dengan suatu kenyataan sebelumnya yang sendeng memperkatakan bahawa karya-karya Zaid Akhtar mengandungi pesan dakwah dan nilai keislaman yang tinggi. Justeru, kajian ini cuba mengenalpasti sejauhmana kecenderungan Zaid Akhtar dalam menyampaikan unsur didaktik kepada khalayak lewat pemeragaan watak wanita. Makalah ini antara lain bertujuan mengembangkan kajian Islam selain memberikan perspektif yang lebih adil terhadap karya dan watak yang dibahaskan. Kerangka kajian ini memanfaatkan kerangka surah an-Nisa’. Ia sangat penting untuk melihat kewajaran dan makna baru yang ingin disampaikan pengarang. Penggunaan kerangka Islam ini amat bersesuaian diaplikasikan ke atas kajian teks yang dihasilkan oleh pengarang Melayu-Islam. Makalah ini menemukan bahawa, watak Sumayyah dalam novel Salju Sakinah (2008) digambarkan sebagai seorang muslimah yang ideal, namun berhadapan dengan cabaran yang berterusan. Dapatan kajian menunjukkan, berdasarkan kerangka surah an-Nisa, Zaid Akhtar mengajukan tiga perilaku yang memacu kepada sifat ketauhidan dalam diri iaitu melaksanakan amar makruf nahi mungkar, bersabar dan berhijad ke jalan Allah. Watak Sumayyah dalam novel ini diinspirasikan daripada wanita pertama yang memeluk Islam iaitu Sumayyah binti Khayyat. Kajian ini merumuskan bahawa, Zaid Akhtar bukan sahaja pengarang lelaki yang tidak bersifat bias dalam menggambarkan watak wanita dalam karya, tetapi membuktikan bahawa urusan dakwah itu tidak hanya lewat ceramah atau syarahan semata-mata. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5795 | ISBN: | 978-967-25691-1-4 |
Appears in Collections: | Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
SALJU SAKINAH LENGKAP.docx | e proceeding | 1.46 MB | Microsoft Word XML | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.