Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5709
Title: Analisis Tematik Pandangan Hukum Muamalat Jawatankuasa Muzakarah MKI Sepanjang Hampir Lima Dasawarsa
Authors: Azib Hussain 
Muhamad Zuhaili Saiman 
Mohd Kamil Ahmad 
Shukri Yahya 
Keywords: Analisis tematik;pandangan hukum muamalat;Jawatankuasa Muzakarah MKI
Issue Date: 2023
Publisher: USIM Press
Journal: The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) 
Abstract: 
Kajian ini mengetengahkan analisis tematik terhadap pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam bidang muamalat. Skop tempoh pandangan hukum dianalisis bermula dari tahun 1971 hingga 2020, iaitu sepanjang tempoh 49 tahun. Analisis pandangan hukum dipersembahkan berdasarkan tema dan isu meliputi zakat, wakaf, emas, pewarisan, KWSP, pelaburan, pinjaman, perbankan, insurans dan takaful, tabung haji, pajakan dan baitulmal. Sumber data kajian antaranya diperolehi daripada buku Kompilasi Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) edisi ketujuh yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2021. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif dihuraikan secara analisis deskriptif berpandukan tema menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menemui empat aspek utama yang boleh dikemukakan sebagai analisis tematik iaitu; [i] Pendalilan dan keterangan penghujahan; [ii] Metodologi dan bahan rujukan; [iii] Pertentangan fatwa, dan; [iv] Sulit dan rahsia. Di akhir perbincangan, kajian ini mengesyorkan beberapa cadangan pemantapan terhadap pandangan hukum muamalat seperti aspek persembahan kandungan jawapan pandangan hukum serta deklarasi dan hebahannya.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5709
ISSN: 1823-075X
DOI: 10.33102/jmifr.523
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
523-Article Text-1754-1-10-20231218.pdf706.49 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.