Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5706
Title: Bab 3 : Kepimpinan wanita ketika pandemik
Authors: Asma Lailee Mohd Noor 
Keywords: wanita
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Pemimpin adalah penggerak dan tonggak sesebuah institusi dan organisasi yang ada dalam masyarakat. Pemimpin berperanan mengurus, mempengaruhi dan meningkatkan keupayaan golongan yang dipimpinnya. Kepimpinan pula adalah tingkah laku, gaya, kemahiran dan nilai yang boleh mempengaruhi dan membimbing perbuatan serta tindakan orang lain ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki melalui keperibadian yang dimilikinya. Menurut al-Mawardi (972-1058M), seorang tokoh sains politik, pemimpin bertanggungjawab memikul tugas kenabian dalam menjaga agama dan mengurus kehidupan dunia. Manakala Ibn Khaldun seorang tokoh sosiologi pula berpandangan kepimpinan adalah tindakan membawa manusia agar sentiasa berada di atas landasan syarak (Halim et al., 2019). Amanah kepimpinan menuntut seseorang pemimpin untuk sentiasa merancang dan mengurus perubahan yang berlaku dari dalam dan luar lingkungan kepimpinannya agar kekal relevan dan adaptif dengan perkembangan semasa. Pemimpin yang sebenar adalah agen pengubah yang terbaik sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam usaha Baginda mengurus, memimpin, dan mengubah corak kehidupan masyarakat jahiliah kepada masyarakat madani.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5706
ISBN: 978-629-489-001-50
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.