Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5704
Title: Bab 4 : Kearifan tempatan semasa pandemik Covid-19
Authors: Yohan Kurniawan 
Koentjoro Soeparno 
Khuzaiton Zakaria 
Keywords: Bencana
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Bencana adalah suatu keadaan yang menjadi ancaman dan dihadapi oleh semua manusia di seluruh dunia. Terdapat pelbagai bentuk bencana yang dialami oleh manusia di dunia ini seperti bencana alam yang berupa letusan gunung berapi, banjir, tanah runtuh, kebakaran, taufan, dan sebagainya. Wilayah Asia Tenggara atau dahulunya dikenali sebagai Nusantara, khususnya wilayah Indonesia merupakan kawasan yang berada di dalam lingkaran api Pasifik. Lingkaran api Pasifik merupakan kawasan yang sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi (Zulfikar, 2021). Di kawasan ini terdapat kira-kira 450 siri gunung berapi aktif dan tidak aktif yang membentuk separuh bulatan di sekeliling Plat Laut Filipina, Plat Pasifik, Plat Juan de Fuca dan Cocos, dan Plat Nazca. Terdapat banyak aktiviti seismik di kawasan itu, kira-kira 90 peratus daripada semua gempa bumi berlaku di kawasan Lingkaran Api. Hal ini bermakna kehidupan manusia yang tinggal di kawasan ini sentiasa dalam bahaya. Negara-negara yang berada dalam kawasan cincin api termasuklah Indonesia, Filipina, Malaysia, Jepun, Australia, New Zealand, Papua New Guinea, dan negara-negara kepulauan lain seperti Kepulauan Solomon, Fiji, Micronesia, Polinesia, dan seterusnya ke pantai barat Amerika Utara dan Selatan. Potensi bencana yang tinggi ini menyebabkan nenek moyang pada masa itu mempelajari cara menangani bencana yang boleh berlaku pada bila-bila masa yang mana peraturan tersebut tersimpan dalam bentuk kearifan tempatan masyarakat Indonesia sehingga hari ini.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5704
ISBN: 978-629-489-001-50
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.