Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5701
Title: | Bab 7 : Cabaran pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian semasa pandemik Covid-19 | Authors: | Zaleha Embong | Keywords: | pendidikan | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UMK Press | Abstract: | Pada akhir Disember 2019, satu wabak telah ditemui di wilayah Wuhan, China. Virus ini merebak dengan cepat dan mudah dijangkiti sehingga boleh mengakibatkan kematian. Kewujudan wabak yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) telah menjadi bencana besar bagi masyarakat dunia. Kematian demi kematian bertambah setiap hari di seluruh dunia sehinggakan WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Bagi mengekang penularan dalam kalangan masyarakat, kebanyakan negara mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan kepada pelancong luar, arahan penjarakan fizikal dan mewajibkan pemakaian pelitup muka (Gonzalez et al., 2020; Wang et al., 2020). Pandemik ini telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada dunia dari aspek sosioekonomi, pendidikan, politik, kesihatan dan sebagainya. Impak pandemik di Malaysia menyebabkan pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan risiko jangkitan. Maka, sepanjang PKP Fasa 1 dilaksanakan, hanya 22 sektor perkhidmatan dibenarkan beroperasi dan dikurangkan kepada 10 semasa PKP Fasa 2 (Majlis Keselamatan Negara, 2020). Penutupan ini merangkumi perkhidmatan pendidikan yang memerlukan semua institusi berkaitan pendidikan perlu beroperasi dengan kaedah berbeza bagi memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5701 | ISBN: | 978-629-489-001-50 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
CONTENT_PANDEMIK CABARAN DALAM MASYARAKAT ABAD KE- 21- isi kandungan & bab 1-1-11.pdf | 983.57 kB | Adobe PDF | View/Open | |
CONTENT_PANDEMIK CABARAN DALAM MASYARAKAT ABAD KE- 21- bab 7 -118.pdf | 142.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.