Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5697
Title: Bab 1 : Pendahuluan: Pandemik dalam sejarah peradaban manusia
Authors: Ruzaini Ijon 
Siti Fathihah Abd Latif 
Keywords: pandemik
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Pengisytiharan penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 memberikan gambaran mengenai tahap keseriusan impak wabak tersebut kepada masyarakat sejagat. Walau bagaimanapun, istilah pandemik itu sendiri masih tidak mempunyai satu definisi yang tetap dan diterima secara universal. Definisi pandemik misalnya dimuatkan dalam Dictionary of Epidemiology (2001), an epidemic occurring worldwide, or over a very wide area, crossing international boundaries and usually affecting a large number of people. Bagi WHO pula, pandemik influenza pula merujuk kepada situasi apabila kemunculan virus baharu dan sangat patogenik, ketiadaan atau hanya sedikit ketahanan imunologi dalam populasi manusia sehingga mudah berjangkit. Terdapat juga kaedah pentakrifan berdasarkan kepada jumlah kes dibandingkan dengan jangkaan bilangan awal dan dilihat juga melalui penyebaran jangkitan secara geografi dan merentas benua. Bagi endemik dan wabak, jumlah jangkitan dikira lebih kecil dan tidak merebak ke kawasan yang lebih luas. Namun, wabak lebih mencatatkan jumlah jangkitan yang lebih besar dan tidak dijangka berbanding endemik. Contoh endemik ialah jangkitan malaria di Afrika manakala wabak pula seperti jangkitan cholera selepas bencana gempa bumi di Haiti pada tahun 2010.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5697
ISBN: 978-629-489-001-50
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
CONTENT_PANDEMIK CABARAN DALAM MASYARAKAT ABAD KE- 21- isi kandungan & bab 1-1-11.pdf983.57 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.