Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5687
Title: Bab 4: Kemiskinan Jiwa Adalah Suatu “Penyakit Berjangkit” Dalam Komuniti
Authors: Yohan Kurniawan 
Keywords: komuniti
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Kemiskinan adalah permasalahan am yang dihadapi oleh hampir semua negara di dunia, bahkan negara yang tergolong sebagai negara kaya, kemiskinan tetap wujud walaupun peratusannya agak rendah. Kemiskinan ini memberi kesan negatif dengan menyumbang kepada permasalahan ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara. Kemiskinan bukan hanya berkaitan dengan permasalahan ekonomi, ia memiliki makna yang luas seperti kemiskinan jiwa, kemiskinan pengetahuan, kemiskinan akhlak dan sebagainya. Kemiskinan jiwa merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang banyak terjadi dalam masyarakat miskin di seluruh dunia, walaupun demikian kemiskinan jiwa ini jarang disedari. Kemiskinan jiwa ini menyumbang kepada terjadinya permasalahan ekonomi, sosial, budaya, hilangnya nilai-nilai murni dan sebagainya. Pada masa kini, kemiskinan fizikal atau kemiskinan ekonomi lebih diberi tumpuan berbanding kemiskinan jiwa. Padahal kemiskinan jiwa ini yang menyumbang kepada terjadinya kemiskinan ekonomi. Oleh kerana itu bab ini cuba melihat permasalahan kemiskinan jiwa ini daripada persepsi yang berbeza iaitu sebagai suatu penyakit. Tahap kemiskinan di Malaysia telah mengalami perubahan yang signifikan berdasarkan data statistik Jabatan Perangkaan Negara (JPN) sejak tahun 1970 sehingga 2019.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5687
ISBN: 978-967-0021-90-4
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.