Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5685
Title: Bab 6: Pembangunan asnaf berdasarkan model tadbir urus institusi islam
Authors: Nur Azuki Yusuff 
Shukeri Mohamad 
Keywords: institusi Islam
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Penerimaan institusi Islam dan institusi yang berorientasikan Islam adalah antara nadi peradaban Islam dan ummah. Inspirasi dan kriteria pandangan masyarakat dalam mencapai objektif tersebut semestinya mencorakkan jalan yang lebih mudah dan selesa bagi mereka. Tindakan berkesan ialah penerapan ilmu berkenaan institusi Islam kepada rakyat dari peringkat sekolah lagi serta mengadakan program bantuan dan khidmat setiap usaha pembangunan institusi Islam oleh pihak kerajaan, penanaman nilai kasih, moral, toleransi agama lain disepadukan dalam institusi Islam, dan pada masa yang sama syariat dan ajaran agama lain turut dihormati. Melalui kajian yang pernah dilakukan penulis sebelum ini, masyarakat majmuk di Kelantan khasnya mengakui bahawa institusi Islam dan institusi yang berorientasikan Islam mampu dibangunkan dan diterima ramai dalam jangka masa ke hadapan. Masyarakat majmuk daripada pelbagai latar agama melihat perancangan ke arah penerimaan institusi Islam mestilah dengan cara mengemas kini pembinaan institusi Islam yang sedia ada, memberikan kefahaman pengurusan institusi Islam, mengurangkan rasa curiga umat bukan Islam, mengamalkan institusi Islam dalam kalangan umat Islam dan menerangkan keuntungan yang diperolehi oleh orang bukan Islam yang mengamalkan institusi Islam.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5685
ISBN: 978-967-0021-90-4
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.