Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5610
Title: Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan
Authors: Ateerah Abdul Razak 
Nur Azuki Yusuff 
Mohd Zain Mubarak 
Keywords: keinsanan
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan merupakan buku pertama pusat PEMIKIR yang dihasilkan daripada kompilasi pembentangan ilmiah yang terdiri daripada tokoh ilmuan dan wacana eksklusif rakan pendidik Universiti. Perbincangan ilmiahnya merupakan satu wacana penting dalam memartabatkan kerangka pemikiran masyarakat yang berteraskan nilai keinsanan di Malaysia. Buku ini membincangkan secara ringkas pengenalan bentuk pemikiran semasa dan isu berkaitannya dari aspek yang diobjektifkan oleh pihak fakulti. Ia turut dikembangkan dengan maklumat tambahan hasil penemuan langsung dan tidak langsung semasa proses pengumpulan dan analisis data. Buku ini terdiri daripada 10 bab dan kesemua bab mewakili kandungan bicara tokoh. Manakala selebihnya adalah tambahan bab bagi menyimpulkan dan merumuskan objektif perkongsian. Bab awal dimulakan dengan melihat bentuk pemikiran keamanan dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Seterusnya Bab 2 mengetengahkan definisi dan peruntukan keamanan dan kesejahteraan menurut perspektif wahyu dalam Islam. Di dalam Bab 3, penulis mengajak pembaca untuk lebih kritikal memaknakan faham keamanan dalam kerangka Malaysia pascamerdeka. Ia pasti memberikan pola kefahaman yang jelas kepada pembaca. Kemudiannya disajikan dengan perbincangan teori perubahan sosial dan langkah mengurus masyarakat kepelbagaian Malaysia di dalam Bab 4 dan isu bagaimana mengembalikan peranan belia negara berfikiran politik matang di Malaysia dalam Bab 5. Kaedah pengurusan masyarakat kepelbagaian di Malaysia dibincangkan dalam Bab 7 dan disusuli dengan perbincangan peranan pertubuhan bukan kerajaan dalam mendukung aspirasi kesejahteraan komuniti dalam bab seterusnya. Penulis membawa satu kajian kes untuk dicernakan berkaitan pemikiran keamanan di dalam Bab 8 yang membincangkan isu tragedi kanjuruhan 1 Oktober 2022; isu dan SOP keselamatan dalam sukan bola sepak. Dalam Bab 9 pula, perbincangan diluaskan sedikit dengan membincangkan fungsi keamanan dalam pemindahan ilmu dari timur ke barat. Seterusnya di dalam bab terakhir, perbincangan tertumpu kepada bagaimana usaha dan strategi yang perlu bagi mendepani pemikiran keamanan dan kesejahteraan di Malaysia.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5610
ISBN: 978-629-489-003-9
Appears in Collections:Books (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
e-Book_Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan- isi kandungan & Bab 1-1-10.pdf684.4 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.