Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5599
Title: Bab 6 : Kaedah pengurusan masyarakat kepelbagaian di Malaysia.
Authors: Zaleha Embong 
Ateerah Abdul Razak 
Mansor Mohd Noor 
Keywords: masyarakat
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Malaysia sememangnya dikenali dengan keunikan kepelbagaian masyarakat yang ada di setiap pelusuk negeri. Namun, senario itu boleh membawa kepada konflik dan peperangan jika kepelbagaian masyarakat tidak dapat diurus dengan baik. Malah ia juga boleh menggugat kestabilan sosiopolitik, pembangunan ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya. Akan tetapi, peluang yang ada di Malaysia iaitu dengan adanya masyarakat majmuk, ia juga dapat menyumbang kepada aspek positif dengan menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dan harmoni. Ini menunjukkan bahawa kepelbagaian masyarakat bukan menjadi penghalang, malah jika dapat bertoleransi dengan baik, ia menyumbang kepada aset yang bernilai bagi Malaysia. Jika ditelusuri dari segi sejarah, konsep jalinan kerjasama dan permuafakatan telah dipraktik sejak tahun 1949. Ini dapat dilihat melalui kerjasama politik yang berlaku antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Ia dilakukan oleh Onn Jaafar dan Malcolm MacDonald selaku Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara. Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan (CLC) ini mampu menjalin kesefahaman dan kerjasama antara masyarakat majmuk (Zaid Ahmad et al., 2010; Chamil, 1987; Ishak Saat, 2010; Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Usaha ini juga membantu ke arah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Persekutuan Tanah Melayu (Fadilah Zaini & Kassim Thukiman, 2009).
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5599
ISBN: 978-629-489-003-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.