Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5597
Title: Bab 7: Peranan pertubuhan bukan kerajaan dalam mendukung aspirasi kesejahteraan komuniti.
Authors: Ruzaini Ijon 
Azlinda Azman 
Paramjit Singh Jamir Singh 
Keywords: komuniti
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan istilah yang sering digunakan dalam menerangkan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bebas daripada pengaruh kerajaan dan juga swasta. Penyertaan masyarakat melalui platform NGO dalam usaha membawa negara ke arah yang lebih baik adalah digalakkan dalam sebuah negara yang subur sistem demokrasinya. Sektor bukan untung menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap sektor kerajaan dan swasta melalui penyertaan inklusif seluruh ahli masyarakat. NGO memainkan peranan menyuarakan isu dan kehendak akar umbi. Penubuhannya pula didasari oleh misi sosial yang ingin dicapai melalui penyampaian perkhidmatan, pemerkasaan, pendidikan, perundingan dan advokasi. Selain menjalankan penyediaan perkhidmatan, peranan NGO turut dikembangkan kepada advokasi ke arah menggalakkan penyertaan rakyat dalam pembuatan keputusan dari peringkat komuniti sehinggalah ke peringkat penggubalan polisi kerajaan. Gerakan akar umbi ini telah mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). NGO dilihat mempunyai kemampuan tersendiri dalam menggerakkan masyarakat dan sumber sedia ada ke arah mencapai hasil yang lebih baik. Pengiktirafan masyarakat dunia terhadap NGO sebenarnya bermula lebih awal sebelum penubuhan PBB lagi. NGO memainkan peranan menyemai semangat reformasi kepada masyarakat dunia ke arah pembentukan Konvensyen Geneva 1864 dan Konvensyen Perhambaan Antarabangsa 1926.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5597
ISBN: 978-629-489-003-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.