Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5596
Title: Bab 8 : Tragedi kanjuruhan 1 oktober 2022; Isu dan SOP keselamatan dalam sukan bola sepak
Authors: Yohan Kurniawan 
Mohd Zain Mubarak 
Keywords: bola sepak
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Tragedi Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, Indonesia merupakan salah satu tragedi terbesar dalam sukan bola sepak di dunia selepas rusuhan bola sepak di Peru tahun 1964. Rusuhan terjadi di stadium Kanjuruhan setelah pasukan bola sepak Arema FC kalah dalam perlawanan menentang Persebaya Surabaya pada minggu ke-11, Liga 1 Indonesia tahun 2022- 2023 pada Sabtu, 1 Oktober 2022. Kejadian ini berlaku apabila penyokong Arema FC yang dikenali sebagai Aremania turun ke padang dan berlakunya rusuhan. Tragedi ini menjadi semakin tegang kerana ramai penyokong yang terpijak sehingga sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan ke gelanggang stadium. Pada masa yang sama, semakin ramai penonton turun ke padang menyebabkan beberapa anggota polis mula menggunakan kekerasan. Sementelahan dengan peningkatan jumlah penonton di atas padang, beberapa pengawal keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata. Tujuh tembakan gas pemedih mata ditujukan ke arah kerusi penonton di blok selatan, satu tembakan ke arah kerusi penonton di blok utara dan tiga tembakan ke arah gelanggang stadium. Ini mengakibatkan para penyokong terutamanya yang berada di tempat duduk penonton yang menjadi sasaran gas pemedih mata menjadi panik, sakit dan cuba meninggalkan arena sedangkan tembakan dilepaskan dengan tujuan untuk menghalang orang ramai daripada turun ke padang.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5596
ISBN: 978-629-489-003-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.