Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5595
Title: Bab 9 : Fungsi keamanan dalam pemindahan ilmu dari timur ke barat.
Authors: Kamaruzaman Yusoff 
Ateerah Abdul Razak 
Keywords: keamanan
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Bab ini akan menerangkan bagaimana konsep keamanan berfungsi dalam sejarah pemindahan ilmu dari Timur dan Barat. Umum diketahui bahawa keamanan bermaksud sesuatu yang memberi kesejahteraan, ketenangan sama ada kepada jiwa dan harta benda. Bab ini akan mengupas bagaimana nilai ilmu dari Islam yang memberi nilai murni yang boleh diaplikasi dan dijadikan rujukan oleh pihak Barat. Bab ini juga akan meneliti bagaimana teknologi dan bahagian-bahagian ilmu dunia ini berasal daripada tamadun Islam. Sehubungan itu, ia bermatlamatkan memberi manfaat dan keamanan serta ketenangan kepada manusia, maka nilai ilmu tersebut mengalir ke serata dunia hingga kini. Apabila membincangkan mengenai tamadun, ia merupakan satu proses yang panjang dan tidak bermula satu titik dalam mana-mana perkembangan masyarakat dan tidak berakhir pada titik yang lain. Tetapi pembinaan tamadun adalah satu proses berterusan yang memerlukan beberapa sifat tertentu seperti adanya hubungan antara tamadun-tamadun berkenaan. Seterusnya, terdapat unsur-unsur saling meminjam dan adanya proses asimilasi, integrasi ataupun proses yang lain sehingga tamadun yang terakhir biasanya akan mendapat manfaat daripada keseluruhan tamadun tamadun awal. Dalam konteks pembinaan tamadun Islam secara khusus, ia merupakan suatu jambatan keamanan yang menghubungkan di antara keseluruhan tamadun.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5595
ISBN: 978-629-489-003-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.