Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5471
Title: Pengadaptasian Karya Sastera ke Filem: Peluang dan Potensi Pengembangan Kesusasteraan di Malaysia
Authors: Sudirman Kiffli 
Nordiana Ab Jabar 
Mohamad Shahfik Afendi Bin Abdul Ghani 
Keywords: Film adaptation;heritage;literature
Issue Date: 2023
Publisher: COLLEGE OF CREATIVE ARTS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Conference: The International Symposium Rentasia 2023 
Abstract: 
Bidang kesusasteraan seringkali dilihat sebagai sebuah bidang yang kurang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Bidang ini dianggap sebagai bidang yang menjadi pilihan terakhir untuk dipelajari dan sukar untuk dikembangkan. Namun, kesedaran tentang sifat fleksibel yang dimiliki oleh bidang ini masih belum menyeluruh terutama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehubungan itu, pengadaptasian karya sastera ke filem adalah salah satu kaedah yang boleh diterapkan dalam memberi kesedaran kepada anggota masyarakat tentang peri pentingnya bidang ini. Pengadaptasian daripada sesebuah karya sastera ke dalam bentuk filem kebelakangan ini menjadi trend dalam kalangan pihak pembikin filem kerana ia mampu memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada pihak berkenaan. Manakala dari perspektif bidang kesusasteraan pula, trend tersebut dilihat sebagai sebuah peluang dan memberikan potensi yang besar kepada proses pengembangan bidang kesusasteraan. Platform adaptasi yang tersedia menjadi medium transformasi yang boleh dijadikan untuk mempelbagaikan penyampaian kandungan karya sastera supaya dapat dinikmati oleh anggota masyarakat. Pengadaptasian karya sastera ke dalam bentuk filem juga membolehkan naratif yang terkandung di dalam karya sastera dapat difahami dengan lebih mudah terutama dalam kalangan generasi muda yang begitu akrab dengan pelbagai media interaktif. Peluang dan potensi berkenaan seharusnya dimanfaatkan oleh pihak pengkarya dan pihak pembikin filem untuk saling mendukung antara satu sama lain agar kedua-duanya dapat terus berkembang. Secara tidak langsung, turut membantu dalam pembangunan pengetahuan masyarakat tentang bidang kesusasteraan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5471
ISBN: 9789672684152
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Rentasia Book Program.pdf2.89 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.