Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5404
Title: Estetika Pengaruh Makan Tradisi Kelantan 'Lompat Tikam' dalam Rekabentuk Tipografi
Authors: Nurul Aisyah Othman 
Izati Nabila Marzuki 
Zulkefli Amdan 
Edzreen Syahira Jamil 
Keywords: Estetika;Tipografi
Issue Date: 2023
Publisher: Politeknik Ibrahim Sultan
Conference: Creative Design Centre (CDeC) Politeknik Ibrahim Sultan 
Abstract: 
Kepelbagaian adat, kaum, warisan dan budaya di seluruh negeri di Malaysia merupakan aset yang paling bernilai dan memberi identiti unik kepada negara ini. Keunikan ini telah menjadi sumber inspirasi yang menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Seterusnya menjadi daya tarikan utama bagi pelancong yang datang melancong di Malaysia. Kuih muih di Kelantan amat terkenal dengan pelbagai aneka jenis dan keunikan yang menarik. Antaranya, kuih Lompat Tikam yang merupakan pencuci mulut atau snek manis yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan ianya telah menjadi ikon makanan tradisi Kelantan yang paling terkenal. Kuih Lompat Tikam ialah pencuci mulut atau snek manis yang diperbuat daripada tepung beras dan santan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara makanan tradisi kuih Lompat Tikam dengan reka bentuk tipografi sebagai medium untuk mempromosikan dan melestarikan warisan budaya Kelantan. Kaedah kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada responden. Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik dapat memperkenalkan estetika bidang tipografi sebagai alat strategik dalam pemeliharaan seni warisan Malaysia Kelantan, khususnya melalui lensa reka bentuk kepada masyarakat luar serta seterusnya menjadi platform dan rujukan kepada generasi akan datang supaya ia dapat dipelihara sehingga ke generasi akan datang.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5404
ISSN: 2289-9839
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
299bf49115 (1).pdfCreative Design Digest 9th Edition Politeknik Ibrahim Sultan30.99 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.