Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5390
Title: Bab 11: Penutup Isu dan Pemikiran Warisan
Authors: Nordiana Ab Jabar 
Daeng Haliza Daeng Jamal 
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Secara keseluruhannya, perbincangan memperlihatkan kajian-kajian kepada kesenian dan warisan dalam negara yang meliputi pelbagai aspek seperti kesenian dalam bidang kesusasteraan, tekstil, bangunan warisan, dan makanan tradisi. Kesenian dan warisan merupakan dua perkara yang sangat berkait rapat bagi membentuk sesuatu capaian terhadap pembangunan warisan mahupun seni itu sendiri. Hal ini kerana, sesuatu warisan itu mempunyai nilai keseniannya tersendiri yang merupakan salah satu penyebab sesuatu warisan diangkat sebagai warisan. Manakala, seni merupakan suatu hasil keindahan melalui kemahiran dalam proses penciptaannya bagi membolehkan kesenian itu menjadi warisan. Kajiankajian yang dilakukan membuktikan bahawa keberkesanan seni dapat memartabatkan warisan dan memulihara serta memelihara warisan dengan lebih baik agar terus relevan pada masa akan datang. Pada dasarnya, penelitian terhadap seni dan warisan ini adalah penting sebagai satu parameter yang cukup signifikan dalam meneliti pemikiran, struktur, bentuk dan proses dalam kajian yang dilakukan. Penelitian memaparkan bahawa para pengkaji telah tampil dengan kepelbagaian isu dan topik kajian yang mengagumkan bagi mencipta pembaharuan dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu yang dibangkitkan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5390
ISBN: 978-967-0021-82-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.