Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5388
Title: Bab 9: Pemahaman Masyarakat Terhadap Pendekatan Suaiguna Semula Bangunan Bersejarah: Tinjauan di Perak
Authors: Daeng Haliza Daeng Jamal 
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Bangunan bersejarah merupakan salah satu warisan ketara yang berupaya menjadi simbol bagi sesebuah bandar dan komunitinya (A. Ghafar, 2010). Bangunan bersejarah yang masih kekal sehingga ke hari ini juga melambangkan kesungguhan pihak bertanggungjawab mengekalkan warisan seni bina di negara kita. Bangunan bersejarah secara mudahnya difahami sebagai bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah dan keindahan pada seni binanya. Maka secara tidak langsung kewujudannya pula membuktikan kehebatan seni bina dan pertukangannya yang diwariskan dari satu generasi ke generasi. Berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) warisan didefinisikan sebagai satu pengertian generik yang bermaksud warisan kebangsaan, objek, tapak, dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam daftar. Ashworth dan Tunbridge (1990) pula menjelaskan bahawa terma warisan juga digunakan dalam pelbagai konteks. Terma ini digunakan bagi merujuk kepada objek-objek dari masa silam atau tapaktapak peninggalan tanpa struktur fizikal kekal yang dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa silam. Merujuk kepada pengertian-pengertian ini, jelas membuktikan bangunan bersejarah berpotensi menjadi ikon bagi sesebuah tempat dan berupaya menyumbang kepada repositori sejarah negara.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5388
ISBN: 978-967-0021-82-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.