Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5387
Title: Bab 8: Pemuliharaan Rumah Kedai Lama dalam Pembentukan Imej dan Identiti Kota Bharu Sebagai Bandaraya Islam
Authors: Farrah Atikah Saari 
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Pemeliharaan warisan seni bina rumah kedai lama sememangnya mencabar lebih-lebih lagi negara pada masa kini sedang menuju ke arah pemodenan. Begitu juga yang telah berlaku di bandar-bandar seperti Kota Bharu yang terdapat binaan rumah kedai lama. Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk 491, 237 orang (Banci, 2010). Penduduk Kota Bharu juga kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai ‘Kota Budaya’ oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan pula sebagai sebuah Bandaraya Islam dengan gelaran “Kota Bharu Bandaraya Islam”. Perubahan ini memberi banyak impak kepada pembangunan bandar Kota Bharu terutamanya dari segi reka bentuk bangunan. Oleh itu, satu usaha dan kajian perlu dilaksanakan bagi melihat perubahan imej dan identiti Kota Budaya kepada Bandaraya Islam yang dapat memberi kesan kepada pemuliharaan bangunan rumah kedai lama yang perlu diselarikan dengan polisi Pihak Berkuasa Tempatan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5387
ISBN: 978-967-0021-82-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.