Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5386
Title: Bab 7: Perbandingan Habs Di Dalam Amalan Dokumentasi Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia dan Amerika Syarikat
Authors: Sahrudin Mohamed Som 
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Dokumentasi memainkan peranan penting di dalam proses pemuliharaan bangunan warisan. Penekanan untuk melaksanakan dokumentasi ini telah dinyatakan di dalam piagam dan garis panduan berkaitan pemuliharaan sama ada di peringkat antarabanga mahupun nasional. Di antara piagam terawal yang menyentuh kepentingan dokumentasi adalah Piagam Venice (1964). Artikel 16, Piagam Venice (1964) menyatakan dengan jelas keperluan untuk sentiasa melaksanakan dokumentasi bagi semua kerja pemeliharaan, pemulihan atau penggalian yang melibatkan tapak warisan. Dokumentasi juga perlu sentiasa tepat, bersifat analitik dan kritikal serta dilengkapi dengan ilustrasi berbentuk fotografi atau lukisan (ICOMOS, 2008). Sementara di peringkat nasional, kepentingan dokumentasi telah diterjemahkan di dalam Bahagian 4, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Warisan Negara (2017). Selain menerangkan keperluan dokumentasi bagi kerja pemuliharaan bangunan warisan, garis panduan juga secara khusus menyenaraikan jenis-jenis dokumentasi yang diperlukan seperti Laporan Kajian Awalan, Laporan Kajian Dilapidasi, dan Laporan HABS.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5386
ISBN: 978-967-0021-82-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.