Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5381
Title: Bab 2: Adaptasi: Faedah Kepada Khalayak Masa Kini
Authors: Sudirman Kiffli 
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Kesusasteraan adalah sebuah bidang ilmu yang berkembang sejak ribuan tahun dahulu bermula dengan kewujudan sastera-sastera dalam bentuk lisan sehingga kepada munculnya sastera dalam bentuk tulisan. Seiring dengan perkembangan teknologi, sastera turut tidak terkecuali menerima tempiasnya. Sastera mula hadir dalam medium teknologi maklumat. Antaranya adalah sastera dalam bentuk digital dan hadir dalam dunia siber hasil daripada globalisasi maklumat, yang memberi kesan perkembangan teknologi maklumat berkenaan. Perkembangan dunia teknologi maklumat menyaksikan sastera siber bukan sekadar tulisan yang termuat dalam mana-mana laman sesawang yang dapat diakses melalui komputer sahaja, malah lebih daripada itu dengan kehadiran teks-teks yang digabungkan dengan media lain seperti gambar, bunyi bahkan klip video secara serentak (S. M. Zakir, 2011). Perkembangan secara konsisten sejak dari dahulu membuktikan bahawa bidang sastera sentiasa relevan dalam memberikan faedah kepada khalayak masyarakat. Perkara ini sesuai dengan fungsi sastera itu sendiri iaitu sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan seterusnya memberikan nilai-nilai deduktif kepada khalayak yang melingkarinya. Terdapat ramai tokoh yang telah membincangkan berkenaan dengan peri pentingnya bidang sastera dalam membina nilai murni serta mendidik masyarakat perihal kehidupan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5381
ISBN: 978-967-0021-82-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.