Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5373
Title: Potensi Bahan Buluh Sebagai Inovasi Penghasilan Rekabentuk Corak Batik Blok Mengikut Perspektif Rekabentuk Asas Rekacorak Geometri Melalui Kaedah Susunan Rekacorak Simetri
Authors: Hamdan Lias 
Sarah Wahida Hasbullah 
Hana Yazmeen Hapiz 
Haslinda Abdul Hamid 
Zainab Anuar 
Keywords: Buluh;Rekacorak Batik Blok;Blok Batik;Motif Geometri
Issue Date: 2023
Publisher: UiTM
Conference: Konferensi Antarabangsa Kesenian Islam Melayu (ISME) 2023 
Abstract: 
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan inovasi produk rekabentuk corak geometri batik blok dan blok batik berasaskan buluh menerusi teknik membatik. Penyelidikan ini meneroka potensi bahan buluh terutamanya pada struktur batang buluh sebagai bahan cadangan untuk konteks bahan alternative. Penyelidikan ini dikaitkan dengan beberapa perkembanganan dan pendekatan metodologi dalam proses mengenalpasti potensi bahan buluh dalam pembinaan rekabentuk motif asas geometri menerusi kajian rekabentuk asas rekacorak simetri. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa bahan alam semulajadi boleh dimanipulasi sebagai ciptaan rekabentuk corak batik blok mahupun blok batik. Blok batik tembaga atau besi sinonim dengan kerja-kerja membatik sebagai alat untuk menerap atau membuat corak pada permukaan kain putih yang biasa digunakan oleh pengusaha batik khususnya di Malaysia. Walau bagaimanpun kekurangan tenaga mahir untuk menghasilkan blok batik dari kepingan tembaga atau besi yang terpilih menyebabkan industri batik di Malaysia perlu mencari satu kaedah atau eksplorasi baru terhadap penghasilan reka corak batik yang baru lagi unik bagi industri batik masa kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui pendekatan kajian kes praktis studio terhadap bahan buluh bertujuan menghasilkan analisis rekabentuk motif asas geometri batik blok melalui kaedah kajian rekabentuk asas rekacorak simetri. Rekabentuk pembuatan blok batik daripada bahan buluh ini adalah melalui teknologi pertukangan kayu atau buluh. Hasil kajian menunjukkan jenis bahan buluh berbeza menghasilkan rekabentuk motif asas geometri dengan ciri-ciri formalistik yang berbeza. Selain daripada itu kos penggunaan buluh sebagai blok batik juga lebih rendah berbanding blok batik keluli. Oleh yang demikian, kajian ini menyediakan alternatif baru kepada industri pembuatan batik blok dan pertukangan pembuatan rekabentuk blok batik menggunakan sumber alam seiring dengan kaedah teknologi pembuatan sedia ada. Kajian ini juga berupaya mempelbagaikan rekabentuk pengeluaran industri tekstil kraf batik pasaran tempatan mahupun di luar negara khususnya dalam penghasilan reka corak geometri batik blok mengikut kaedah rekacorak simetri.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5373
ISBN: 978-967-2846-57-4
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
e-proceeding_ISME_2023.pdf81.63 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.