Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5271
Title: Bab 13: Eksplorasi dalam Kisah Pelayaran Abdullah Melalui Pemerian Latar
Authors: Nordiana Ab Jabar 
Mohd Saipuddin Suliman 
Sudirman Kiffli 
Issue Date: 2023
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: 
Perkataan sastera dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu castra yang bererti kitab suci. Bagi makna kesusasteraan pula diertikan sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan baik melalui tulisan mahupun daripada pembacaan yang diucapkan melalui lisan atau pendengaran (Harun et al. 2006: 6). Pernyataan ini juga turut disokong oleh Danziger dan Jahnson (1983:3) yang menyatakan bahawa definisi sastera adalah satu bentuk seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bukan itu sahaja, sastera juga turut merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yangbersifat kreatif (Ismail 1998:23). Malahan, pengertian sastera juga telah ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang menyatakan bahawa sastera merupakan suatu bentuk seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Selain itu, bagi definisi karya agung pula merujuk kepada karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang kekal menjadi ingatan bagi sesuatu bangsa. Takrifan ‘karya’ menurut Kamus Dewan bermaksud buatan atau ciptaan sesuatu, manakala ‘agung’ pula bererti paling besar yang memperlihatkan kepada tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Karya agung juga dilihat sebagai satu lambang keunggulan daya cipta bangsa dalam membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5271
ISBN: 978-6294-860-57-5
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Bab13 PWDM (1)-1-8.pdf2.64 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.